Sejarah Tahfiz Al Hidayah
Sejarah Maahad Tahfiz Al-Hidayah
Maahad Tahfiz Al-Hidayah (MATAH) telah ditubuhkan pada 30 November 2012, hasil kerjasama erat antara Yayasan Hidayah dan Yayasan Sofa. Penubuhan ini menjadi titik tolak kepada sebuah institusi tahfiz yang menggabungkan hafazan al-Quran, akademik dan sahsiah dalam satu sistem pendidikan bersepadu.
Permulaan MATAH bertempat di Kampung Sumsum dengan 7 orang pelajar pertama, di bawah bimbingan pengasas dan tenaga pengajar awal. Seiring pertumbuhan, institusi ini berpindah ke Ulu Cherengin, Janda Baik — lokasi rasmi penubuhan MATAH yang menyaksikan majlis peletakan batu asas pada 24 Disember 2012 oleh Al-Musnid Dr. Sayyid Nafi’ Al-Arabi As-Sanusi, tokoh ulama dari Mesir.
Pada 12 Januari 2013, kumpulan pertama pelajar diterima secara rasmi, dan MATAH beroperasi dengan 7 orang pelajar. Sejak itu, perkembangan pesat dicapai, daripada hanya sebuah pusat kecil kepada institusi tahfiz yang lengkap dengan asrama, dewan makan, gelanggang futsal, dewan hafazan dan pelbagai kemudahan pembelajaran moden.
Kini, MATAH menempatkan lebih 120 orang pelajar dan terus memainkan peranan penting dalam melahirkan huffaz yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing di peringkat negeri dan kebangsaan.