Tahfiz Al-Hidayah

Tentang Kami

Bersama mencipta kejayaan

Sejarah Tahfiz Al Hidayah

Sejarah Maahad Tahfiz Al-Hidayah

Maahad Tahfiz Al-Hidayah (MATAH) telah ditubuhkan pada 30 November 2012, hasil kerjasama erat antara Yayasan Hidayah dan Yayasan Sofa. Penubuhan ini menjadi titik tolak kepada sebuah institusi tahfiz yang menggabungkan hafazan al-Quran, akademik dan sahsiah dalam satu sistem pendidikan bersepadu.
Permulaan MATAH bertempat di Kampung Sumsum dengan 7 orang pelajar pertama, di bawah bimbingan pengasas dan tenaga pengajar awal. Seiring pertumbuhan, institusi ini berpindah ke Ulu Cherengin, Janda Baik — lokasi rasmi penubuhan MATAH yang menyaksikan majlis peletakan batu asas pada 24 Disember 2012 oleh Al-Musnid Dr. Sayyid Nafi’ Al-Arabi As-Sanusi, tokoh ulama dari Mesir.
Pada 12 Januari 2013, kumpulan pertama pelajar diterima secara rasmi, dan MATAH beroperasi dengan 7 orang pelajar. Sejak itu, perkembangan pesat dicapai, daripada hanya sebuah pusat kecil kepada institusi tahfiz yang lengkap dengan asrama, dewan makan, gelanggang futsal, dewan hafazan dan pelbagai kemudahan pembelajaran moden.
Kini, MATAH menempatkan lebih 120 orang pelajar dan terus memainkan peranan penting dalam melahirkan huffaz yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing di peringkat negeri dan kebangsaan.

Falsafah & Pendekatan

MATAH menekankan pembentukan pelajar seimbang melalui:

Pencapaian

Sejak penubuhan, lebih 60 pelajar MATAH telah berjaya menamatkan SPM dan hafazan 30 juzuk. Ramai antara mereka kini melanjutkan pengajian di institusi ternama seperti Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), UniKL, dan UiTM, termasuk bidang bahasa Arab, kejuruteraan dan perniagaan.

Generasi Huffaz Bertaraf
Global, Berakhlak Mulia

Maahad Tahfiz Al Hidayah Ditubuhkan Pada 2 Jan 2013 Oleh Tuan Haji Lokman.

Berdaftar Di Bawah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Nom Daftar: Jaip/ks299/13 Dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Nom Daftar: Czg0001.

Menekankan Pengajian Hafazan, Akademik (Tingkatan 1 – Tingkatan 5 (Spm)) Dan Diniyyah.

Visi

Menjadi Sebuah Institusi Pendidikan Islam Yang Bertaraf Antarabangsa, Elite Dan Profesional

Misi

Bertekad Mencapai Kecemerlangan Akademik Dan Akhlak Pelajar, Berteraskan Al-quran Dan As-sunnah

Tahun Pengoperasian
0 +
Tenaga Pengajar
0
Pelajar
0 +
Pengasas

Di Sebalik Penubuhan

Tuan Haji Lokman Hamid

Pengasas

Tuan Haji Lokman Hamid

Pengasas dan CEO, Yayasan Al Hidayah, Maahad Tahfiz Al Hidayah, dan Pusat Rawatan Al-Hidayah.